Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang m ani s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …
 
Sumber : http://www.syndromania.com/2010/11/10-soalan-mengenai-siapa-diri-kita.html

Ummi – Mat…,(berhenti sekejap).  Kau dah besar Mat. Ummi rasa dah sampai masanya untuk kau berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.
Ahmad – Betul ke Ummi? Mat ok aje kalau Ummi boleh carikan calon yang sesuai…. (senyum malu)
Ummi – Haah ni gambar dan biodata A, Ummi yakin dia sangat baik orangnya
Ahmad – Nampak ok orangnya  Ummi tapiiii….. dia ni gempal sikitlah Ummi
Ummi – Dah 3 bulan Ummi cari calon yang ni, B macam yang Mat sebut tu
Ahmad – Masya Allah Ummi….tapi B ni rendah orangnya lah….
Ummi – Nah ! Cuba tengok gmbar C ni, tentunya memenuhi citarasa kau Mat      
Ahmad – Subhanallah….., cantik dan manis betu dia ni tapi dia gelap sikitlah Ummi..
Ummi – Kau minat tak D anak Pak Cik Min tu, cantik, putih dan badan pun slim
Ahmad – Mat nak yang macam tu lah Ummi tapi….yang lemah lembut sikit wataknya
Ummi – Tengok gambar E ni pulak, dah 4 bulan kawan Ummi tolong carikan untuk anak Ummi sayang ni     Ahmad – Mat suka macam dia lah ni Ummi tapi Mat nak yang kelulusan professional lah

Ummi - Cuba kau tengok gambar F ni, baru lulus jurutera dari Australia pulak
Ahmad – Allah Allah hebat dia ni…tapi kalau dia ada ciri berkepimpinan, Mat memang setuju
Ummi – ni pulak G, doktor muda balik Mesir & ada ciri-ciri ketua, lama dah Ummi cari
Ahmad – Masya Allah hebat, tapi dia tak hafal 30 juzuk Qur’an lah Ummi
Ummi - Maafkan Ummi Mat, Ummi tak ada masa yang banyak untuk cari calon yang sempurna macam yang kau nak
Ahmad – Kalau macam tu boleh Ummi minta tolong abah carikan pulak…
Ummi – Abang 2x, cubalah carikan calon untuk Mat, anak kita yang memilih sungguh tu.
Abah – Calon yang macam mana dia nak?
Ummi – Dia nak seorang yang putih melepak, cantik, tidak rendah, tidak tinggi, tidak gempal, watak yang lemah lembut, lulusan bidang professional, berkarismatik dan ciri terakhir, hafal 30 juzuk Qur’an.

Abah – Ok lah. Sayang pun tau, abang ni kurang sabar kan? Ayang pesan je pada Mat tu… minta dia tengok cermin puas-puas. Kalau dia betul-betul nak kahwin dengan bidadari, dia kena masuk syurga dulu….
By: Dr Zainur Rashid Zainuddin


Cinta kpd yg bukan mahram bukannya software yg sepatutnya  diinstall masa remeja. Kita tidak punyai updater yg baik utk kekalkan cinta di status yg elok dgn yg bukan mahram. Updater itu hnya boleh dimiliki slps zaman remaja kita berakhir. That  software will be corrupted & mulalah ada virus nanti.
Iman adalah antivirus. Benda yg semua org ada dah di install sejak lahir. Cuma perlu diupdate je.....

About this blog

Tak da pa yang special di blog nie..
Cuma seorng budak perempuan baru bljr membuat blog...
Saya harap anda menyukainya...

About Me

Assalamualaikum and hai. Welcome to my blog.. I'm 21 yrs girl.. Still stdy at Universiti Malaysia Terengganu in Software eng.
Powered by Blogger.